Trio Sosej adalah
perniagaan yang akan membuat dan mengedarkan pelbagai macam aneka sosej. Kami
memilih Universiti Utara Malaysia sebagai lokasi utama kami kerana tempat ini
sangat strategik untuk berniaga makanan. Kami membuat pelbagai macam jenis
sosej tidak hanya satu jenis. Kami menggunakan bahan-bahan yang berkualiti
tinggi untuk membuat produk-produk kami. Kami juga menggunakan bahan-bahan
halal untuk membuat produk kami. Pada awalnya, kami mempunyai 1 buah peti ais,
1 buah fryers, 1 buah pisau dan bahan-bahan yang seluruhnya bernilai RM30.
Kami ingin membuat
perniagaan sosej ini dengan tujuan menambah wang jajan kami di kampus. Kerana
keperluan hidup yang semakin tinggi, kami tidak mungkin meminta wang tambahan
yang telah ditetapkan oleh orang tua kami. Selain itu, kami juga ingin menambah
pengalaman di bidang perniagaan. Dengan itu, kami mengambil inisiatif membina
sebuah perniagaan makanan dan kami sepakat untuk membina perniagaan sosej.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar